MELAYU DILUPAKAN BANGSA
Hebat ke namanya kita,
Hina ke nama Melayu diguna,
Kenapa tiada berkata,
Membisu sahaja,
Yang mati mati jua,
Yang hidup dah lama matinya,
Yang Melayu dah jadi layu dirinya,
Pada bangsa menjajah tubuhnya,
Menjajah bangsanya,
Menjajah hatinya,
Menjajah budayanya,
Menjajah anak bininya,
Menjajah akan apa sahaja,
Itulah tiada sedarnya akan kita,
Merdeka apa jika Melayu tiada,
Tanah ini untuk siapa milik siapa,
Ingatlah sekalian Melayu yang ada,
Kamu itu bangsa yang mulia,
Bangsa pertama di atas dunia,
Sebelum sekalian yang ada,
Melayu sudah menjajah akannya,
Melayu budaya yang memerintah adanya,
Bukan dijajah begitu sahaja.
No comments:
Post a Comment