April 24, 2016

RAMAI SUKA ADEL AL-JUBEIR 
JAWAB ISU KUMPULAN MILITAN


Rakyat Malaysia sebelum ini mungkin tidak peduli atau tak ingin pun mengenali siapa Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir sehinggalah beliau membuat kenyataan bahawa derma 2.6 bilion kepada YAB Perdana Menteri Malaysia memang dari negara itu. 

Ramai juga yang tidak tahu bahawa Adel telah dilantik  sebagai Menteri Luar Arab Saudi sejak 2015 dan merupakan individu pertama yang dilantik di kalangan bukan keluarga Diraja Al-Saud. 

Adel adalah seorang diplomat yang pernah berkhidmat di Amerika Syarikat, merupakan seorang yang tegas dan berpandangan jauh, malah dalam satu Persidangan Keselamatan Munich yang diadakan pada bulan Februari 2016, Adel telah dipuji kerana memberikan jawapan yang bernas ketika ditanya mengenai kumpulan militan IS atau Daesh.
Dalam seminar berkenaan, Adel telah ditanya oleh salah seorang peserta mengenai kumpulan militan IS dan Daesh yang realitinya dilihat sangat Islamik.
Sambil memetik artikel daripada The Altantik, peserta berkenaan berkata, memang betul kumpulan militan itu dianggotai oleh mereka yang kurang siuman yang majoritinya adalah penduduk yang tidak puas hati di Timur Tengah dan Eropah, tetapi ajaran yang dibawanya adalah daripada ajaran Islam sebenar.
Ketika menjawab soalan itu, Adel menegaskan, bahawa setiap agama mempunyai golongan yang sesat dan tidak betul yang cuba menghancurkan agama.
Seperti mana IS, Adel membandingkan dengan Ku Klux Klan (KKK). KKK katanya adalah kristian dan bolehkan sesiapa mengaitkan KKK sebagai sebuah organisasi kristian?
“Terdapat beberapa kumpulan lain yang hampir sama, terdapat juga pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan demi memastikan tiada bukan kristian di sebuah negara atau kawasan,” katanya.
Menurut Adel, golongan seperti itu terdapat juga dalam agama lain tetapi hakikatnya ia tiada kaitan langsung dengan agama berkenaan justeru untuk mengaitkan Daesh sebagai Islamik adalah langsung tidak munasabah.
Beliau turut membidas tindakan pihak-pihak tertentu yang mengaitkan Daesh dengan Islam. Ternyata jawapan yang diberikan oleh Adel itu menyebabkan peserta persidangan itu memberikan tepukan kepada beliau.

April 19, 2016


IMPIAN WAKTU KECIL


Saya nak jadi combat. Saya suka topi combat. Saya suka tengok cerita combat. Anak-anak selalu melihat di sekitarnya apa yang diinginkannya waktu itu. Tapi itulah yang menarik dari usia putik jagung. Setiap aktiviti layaknya di gayakan dengan imaginasi ideal yang tak pernah habis. Ini mempengaruhi fantasi masa depan yang terlihat menyenangkan. Entah mengapa juga, manusia disarankan untuk menyusun cita-cita sejak di bangku sekolah.

Namanya pun anak-anak, tak akan pernah lelah untuk membangun dunianya sendiri. Dunia yang kadang-kadang berbicara sendiri jika kita mencoba untuk membiarkan berlalu begitu saja, di hari ini, jika dinukilkan kembali tentunya tertawa sendirian melihat gelagat riang diri kita yang berimpian besar waktu itu.

Memang, doktor adalah cita-cita mulia yang diidamkan anak-anak kebanyakan. Personanya memancar suci seiring segak berbaju putih dari balik ruang praktikal sehari-hari. Terlebih lagi, ketika orang-orang tua di kampong selalu inginkan anak-anak mereka  berpekerjaan baik hati yang menyelamatkan banyak orang. Ya, setidaknya itu semua bertahan sampai Sekolah Menengah. Saat kawan-kawan mulai riuh membicarakan bayaran kuliah yang mahal, perlu mendapat keputusan grade tertinggi yang sepertinya susah dicapai oleh orang biasa-biasa. Fikiran menjadi realistik meski tetap optimis.

Saya tak mencadangkan anak saya jadi doktor di hospital. Saya lebih suka anak-anak saya jadi Dr. di universiti seperti ibunya. Sesungguhnya kita hanya merancang, tetapi perancangan Allah menentukan segalanya.

April 17, 2016

CARA YANG BETUL


Saya pernah ditanya oleh seseorang dan tidak menjawabnya hingga kehari ini. Saya tidak ada jawapan yang kukuh bagi membuktikan saya pernah mempengaruhi seseorang untuk memeluk Islam. Saya tidak ada kekuatan untuk menjadikan diri sebagai model seorang muslim yang sempurna. Saya juga tidak pernah berdakwah secara khusus kepada non- muslim.

Dakwah, menyampaikan pesan Islam kepada non-muslim, adalah kewajiban umat Islam. Allah SWT memerintahkan dan menuntun kita dalam Al Qur'an untuk melakukan dakwah (dengan aturan-aturan tertentu):

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." (16:125)

Empat kata kunci dalam ayat ini adalah 'serulah', 'manusia', 'pelajaran yang baik', dan 'cara yang baik'. Banyak pendakwah dan organisasi Islam di seluruh dunia menjalankan kegiatan-kegiatan dakwah mereka berdasarkan ayat ini.

Jangan merasa malu untuk bercakap yang benar tentang Islam kerana ia adalah sebuah agama yang sempurna, yang diberikan kepada umat manusia oleh Allah, dengan begitu tidak ada yang perlu disembunyikan atau merasa malu pada salah satu ajaran Islam. Jangan merasa tersinggung jika seseorang mengkritisi atau menolak suatu aspek dari Islam. Tugas kita adalah untuk menjelaskan tentang Islam sebaik mungkin, apakah dia menerimanya atau tidak, itu bukan kewajiban kita, melainkan hal itu berada dalam pengetahuan Allah.


Gambar 'diblurkan' kerana menghormati kawan saya kini telah berhijab

Saya pernah dalam satu persidangan World Halal Forum bertegur sapa dengan seorang gadis berbangsa Jerman. Apa yang menariknya beliau boleh berbahasa Melayu dengan fasih sekali. Beliau waktu itu masih menuntut di Hamburg University, Germany dan sedang menyiapkan thesis berkaitan halal. Beliau sangat gembira sekali berada di Malaysia. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah.