May 06, 2016

BANYAKKAN MEMBACA ANTARA 7 PERKARA TINGKAT KEPINTARAN MANUSIA


Otak merupakan salah satu organ yang paling menakjubkan dalam tubuh manusia. Otak mengontrol sistem saraf pusat manusia, menjaga manusia untuk berjalan, berbicara, bernapas dan berpikir. Otak manusia menangkap 11 juta informasi setiap detik tetapi hanya menyadari 40 di antaranya.



1. BERMAIN ALAT MUZIK
Hobi ini dapat meningkatkan kreativiti, kemampuan menganalisis, bahasa, matematik, gerak motor otot dan banyak lagi kelebihan.

Bermain alat muzik seperti piano, gitar, biola dan sebagainya akan menguatkan corpus callosum-bundel, saraf yang menghubungkan otak kiri dan kanan.

Corpus callosum yang kuat dapat membantu manusia meningkatkan kemahiran, memori dan penyelesaian masalah tanpa mengira usia.

2. MEMBACA AL-QURAN DAN BUKU
Membaca buku tak kira apa jenis dari surat khabar sampaikan buku kanak-kanak memberikan manfaat yang sama untuk otak. Hobi ini menurunkan stres dan meningkatkan tahap kepintaran.

Sekiranya anda suka membaca, kemampuan anda untuk menyelesaikan masalah, memisahkan informasi, mengesan pola, memahami proses dan merespon terhadap perasaan orang lain akan menjadi lebih baik.

3. SENAMAN SECARA TERATUR
Melakukan senaman secara teratur lebih baik berbanding dilakukan sesekali dengan intensiti tinggi. Apabila anda bersenam sel tubuh akan dipenuhi dengan BDNF, iaitu unsur protein yang membantu kemampuan mengingati, belajar, fokus, dan pemahaman. Bagi kanak-kanak biarkan mereka bermain dengan imaginasi dan karakter yang mereka sukai.


4. BELAJAR BAHASA ASING
Lupakan bermain puzzle sementara sebaliknya cuba belajar bahasa asing. Kajian menunjukkan mereka yang boleh bercakap lebih dari satu bahasa memiliki kemampuan menyelesaikan puzzle lebih baik daripada yang hanya boleh bertutur satu bahasa saja.

5. UJI APA YANG ANDA PELAJARI
Ramai pelajar hari ini membaca berjaya mengumpul banyak informasi pada menjelang peperiksaan. Masalahnya, apa yang dipelajari ini mudah dilupakan kerana mereka tidak menggunakannya selepas itu.

Salah satu alasan belajar bahasa baru membantu melatih otak lebih pintar adalah ia memerlukan anda sentiasa mengulang dan menggunakannya. Oleh itu sentiasa uji apa yang telah anda pelajari dan belajar lebih banyak perkara baru.

6. PERMAINAN YANG MELATIH OTAK
Sudoku, puzzle, teka-teki, video games, permainan kad adalah antara yang dapat meningkatkan neuroplasticity. Ia berkait dengan kemampuan otak untuk menata atau mengurus.

Peningkatan neuroplasticity ini membolehkan anda melihat sesuatu dari sudut pandangan berbeza dan memahami punca dan kesan terhadap sesuatu perlakuan selain meningkatkan kemahiran kognitif.

Mereka yang memiliki neuroplasticity tinggi juga biasanya tidak mudah panik ketika berdepan keadaan cemas dan depresi.

7. BERTAFAKKUR DAN MEDITASI
Ia satu keadaan teknik mengawal minda untuk melakukan apa yang anda mahu. Anda boleh berasa lebih yakin, berkuasa melalui meditasi. Ini bermakna otak mampu melakukan perkara yang lebih jika anda menginginkannya dan fokus.

May 05, 2016

PERJALANAN SATU MALAM RASULULLAH



Cerita nabi bertemu tuhan di langit tertinggi bukan cerita baru. Cerita inilah yang menarik minat kanak-kanak sejak zaman merdeka. Ustaz-ustaz dulu bikin cerita panas.

Ramai orang percaya bahawa Mikraj merupakan satu peristiwa yang menunjukkan bahawa Rasulullah sampai ke suatu tempat di atas langit yang ke tujuh dan di situlah Allah berada.

Kepercayaan atau iktikad yang mengatakan Allah berada di atas langit - samada yang dimaksudkan langit itu secara umum atau dikhususkan kepada Kursi atau Arasy - dianggap oleh pihak tertentu bertentangan dengan pandangan Ahlis Sunnah wal Jamaah. Ini kerana kepercayaan sedemikian menisbahkan atau menyifatkan Allah berada pada sudut, arah, ruang atau tempat. 

Sedangkan akidah dan kepercayaan umat Islam yang sebenarnya ialah bahawa Allah jualah yang menciptakan segala-galanya yang ada termasuk tempat, ruang, arah atau sudut. Allah telah pun ada atau wujud sebelum itu lagi tanpa memerlukan arah, sudut mahupun tempat. Inilah yang dikatakan bahawa kewujudan Allah itu azali; iaitu kewujudan Allah tidak dijadikan oleh sesiapapun kerana Dia adalah Tuhan. 

Tempat, arah dan lain-lain merupakan antara makhluk yang diciptakan oleh Allah. Inilah yang dikatakan bahawa kewujudan makhluk itu tidak azali; iaitu asal makhluk itu tidak ada kemudian ada kerana dijadikan oleh Allah. Oleh itu, maka mustahil bahawa Allah itu perlu atau berhajat kepada makhluk ciptaan-Nya sendiri sedangkan Allah telahpun wujud azali tanpa ada selain-Nya termasuk sudut, arah dan tempat.

Ijmak Ahlis Sunnah yang menunjukkan bahawa Allah wujud tanpa bertempat, sama ada di atas atau di bawah, kiri atau kanan, depan atau belakang kerana kesemua arah tersebut adalah ciptaan Allah yang asalnya tidak ada kemudian ada kerana dijadikan oleh Allah. Begitu jugalah masa, tidak kira sebelum atau selepas, semalam, hari ini atau esok, pagi atau petang, siang atau malam. Barang sesiapa beriktikad berlainan dari apa yang disebutkan ini, maka mereka itulah yang digelar sebagai golongan al-mushabbihah iaitu golongan yang menyamakan Allah dengan makhluk ciptaan-Nya sendiri.

Sehingga kini, masih sukar untuk menjawab soalan ini dengan tepat apabila anak kecil bertanya dimana tuhan berada.